aktiviti program pengurangan sisa pepejal SMART Ranger SK Sri Kelana
Kempen Penggunaan Plastik Secara Bijak & Penggunaan Bekas Makanan dan Minuman tindakan & kaedah - Warga sekolah digalakkan membawa bekas makanan dan minuman serta beg kitar semula ketika membeli makanan dan minuman di kantin bagi mengurangkan penggunaan plastik. - Dilaksanakan mulai 27 Julai 2009
Kempen Penggunaan Sapu Tangan tindakan & kaedah - Warga sekolah akan diberi sehelai sapu tangan sebagai permulaan. Pemeriksaan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti murid yang membawa sapu tangan. Sekiranya seorang murid membawa sapu tangan, maka murid tersebut akan diberi sapu tangan sebagai galakan. - Dilaksanakan mulai 27 Julai 2009 Kempen Pengurangan Sampah di Dalam Kelas tindakan & kaedah - Murid-murid dikehendaki mengurangkan sampah di dalam kelas. Sekiranya terdapat barang yang boleh dikitar semula, maka mereka perlu memasukkannya ke dalam tong kitar semula yang disediakan yang disediakan di dalam kelas. Pertandingan kelas paling bersih dan ceria turut diumumkan pada setiap minggu. - Dilaksanakan mulai 15 Julai 2009 Jalan-jalan Cari Sampah (Walk For Green Enviroment) tindakan & kaedah - Aktiviti ini melibatkan PIBG, persatuan penduduk , MBPJ, NGO, Syarikat swasta dan masyarakat setempat. Para peserta dikehendaki berjalan dalam lokasi yang ditetapkan sambil mengutip sampah sepanjang perjalanan yang dialui dan seterusnya mengasingkannya mengikut kategori kitar semula dan sampah. Selain dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat, aktiviti ini juga dapat menyihatkan badan dan mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida. - Dijadual diadakan pada 31 Oktober 2009 Rumah Kompos, Jus Sampah dan Pembiakan cacing tindakan & kaedah - Stesen ini merupakan tempat pemprosessan sisa organik untuk dikitar semula dan digunakan semula. Secara tidak langsung, jumlah sisa pepejal dapat dikurangkan dan ditambah nilai. Stesen ini juga menternak cacing untuk penghasilan baja kompos di samping mendidik para pelajar cara menternak cacing. Stesen ini akan dibahagikan kepada 3 blok dan dijaga secara berkala. - Dijadual beroperasi secara berperingkat mulai 27 Julai 2009